Pages

Monday 20 June 2011

7 GAYA PELIK BABY TAPI CUTE

        Ni bukan surat saman ye pakcik polis tunjuk jalan ke rumah siti.hehe


Kalaulah aku dapat terbang suatu hari nanti


hoho..akulah HERO pujangga


Anak Bapak (Superman)


tengoklah kuku ku yang cantik


Busannya jadi baby ni,bila nak tua.huhu..


AH! kecil pun jadilah janji boleh duduk

7 tips DaMaikan HATIMU yang KECEWA



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. 

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.Sentiasa CoOL ok

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda.  Sentiasa bersyukur,kerana Anda masih diberi peluang hidup,ada kawan dan sebagainya.Cuba sentiasa bersyukur dengan diri kita tapi tidak bermakna Anda menjadi riak.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan kegelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on beb…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.Sentiasa berfikiran yang baik-baik sahaja,jika Anda berfikiran buruk maka jawapannya tentulan buruk.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, 
sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Sunday 12 June 2011

Kuasa 'KOSMETIK' Lihat Keajaibannya

    Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan dan kejelitaan,sejauh manakah
 keaslian kecantikan wanita itu? Dan,ada juga wanita yang merasa rendah
diri akan rupa paras yang dimilikinya,masalah2 tersebut boleh diselesaikan
dengan 'kuasa kosmetik',jom kite lihat perubahan wajah dari mula hingga akhir.

                                                            Wajah Asal





                                                            Inilah hasilnya

OK!..Perbezaan yang dapat aku lihat adalah dari segi :
  1. Mata yang nampak lebih besar dan comel
  2. Warna kulit wajah yang lebih cerah dan sekata ditambah  pula dengan blusher 
  3. Pada bahagian bibir juga kelihatan lebih kecil di bahagian kiri dan kanannya
  Itu pada pandangan dan perbezaan dari aku lah yer,aku xpandai sangat nak
komen2 pasal mekap ni.huhu..Terpulang pada pandangan mata anda melihatnya..ok gradioz (:

Kharul Fahmi Che Mat (APEK) jadi Pelakon

   Penyanyi Andi A Merican sanggup menuggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik bagi video pertamanya berjudul 'SOLO' yang telah dilancarkan khamis lepas.Video klip ini sangat menarik dari segi cinematografi dan gaya nyanyian Andi A.Merica tersebut,
jom layan klip vedio ni :

                        


SOLO
=========================

Kosong dah berisi
Semua nikmat menjelma kini
Dunia tak pernah lagi
Seindah hari yang ini

Puas aku pelajari
Menilai buruk dan baik
Kini terang jalan ku temui jadi

(Chorus)
Ku mahu solo, sendiri
Takkan ku diam hanya kerna gagal sekali
Ku mahu solo, berlari
Mencari anugerah hidupku ini

Ku sudah solo, resah berlalu
Ringannya rasa hati
Untuk memilih lagi
Yang pasti lebih baik untukku

Puas aku pelajari
Menilai buruk dan baik
Kini terang jalan ku temui jadi

(Chorus)
Ku mahu solo, sendiri
Takkan ku diam hanya kerna gagal sekali
Ku mahu solo, berlari
Mencari anugerah hidupku ini

(Altimet)
Aku solo, sekarang sendiri, mungkin lebih baik jika begini
Aku solo, tapi tak sunyi, senyap sekejap kembali berbunyi
Ingat bila kita selalu bersama bagaikan satu ke mana-mana
Siapa sangka kita berpisah tak kecil hati, kita tak kisah
Jadi bila jumpa bertegur sapa, aku ok, ku harap kau pun sama
Kita tak dijanjikan selamanya, ku harap kau berjaya dalam segalanya

Friday 10 June 2011

OH!..MC D KENAPA ENGKAU TIDAK SEPERTI DALAM IKLAN


 Semalam kawan aku belanja makan Mc D,ermm..Mc D ni aku kurang sketlah,aku lebih suka KFC lagi..Sebut pasal Mc D ni ada satu jer yang aku tidak puas hati,kenapa burger Mc D ni tidak seperti yang di gambarkan seperti dalam iklan?..taruk kubis dan mayonis sedikit je,bila makan aku hanya dapat rasa roti dan daging sahaja..Boleh diibaratkan lebih khabar dari rupa,itu saje yang menjadi persoalan aku,dari segi customer servis dan kebersihan tu ok la..Sebenarnya aku juga pernah bekerja di Mc D selama satu hari saja dan sebab kenapa aku behenti adalah tidak pandai menghafal name2 makanan di Mc D tersebut.hehe...Tapi aku tidak sempat untuk usha2 cara pembuatan burger itu..


                                             Kenapa tidak seperti ini?

                                   Dan ini..Glurrp! buat aku nak ke Mc D lagi..

  Pada pemikiran aku yang positif mungkin sebab :
  1. Nak cepat siap
  2. Tak cukup staff
  3. Atau memang dah peraturan seperti itu.
                                                                        Pada pemikiran korang kenapa yer?
                                                                       oklah,think2 positif..hehe,gradioz..

Wednesday 8 June 2011

Motor LC135 Buruk



 Motor LC135 ni asalnye dari abang aku yang ke-12, kemudian jatuh pula oleh abang aku yang ke-9, last2 barulah beralih kasih padaku.hehe..Motor ni dibeli pada tahun 2004 warna asal adalah merah tapi disebabkan cover set asal ada calar2 parut eksiden abang ke-12 aku dulu,aku tukarkan ke warna PutihBiru..Asalnye nak beli warna hitam atau biru tapi sudah kehabisan stok pula,so terpaksalah beli warna putihbiru..

  


Tubuh Badan Motor Burukku..hehe


           Ni pula Helmet Kesayangan aku,sekarang da buruk dah.huhu..cedih

       Motor ni masih berhutang lagi taw,juz berhutang dengan abang ke-9 je,
dia bagi aku pakai supaya senang ke kelas nanti.Biasa la duk U xsemestinya
dapat kolej sampai akhir sem. Masuk bulan ni dah setahun aku pakai motor ni..
Huhh!..banyak kenangan bebb aku dengan motor ni,kena saman menyaman tu
biasa la kan?tapi ni lain punyer cerita..Ermm,malas plak nak cerita,panjang kisahnya..huhu.ok,gradioz..

Aku,Oligo Dan Blog

  Line internet lembap tidak seperti selalu,suasana dalam bilik pula panas,member housemate pun semua dah tido..Biasa time2 macam ni aku tengok cerita Korea dalam You Tube tapi disebabkan line internet agak lembap dengan suasana bilik nye panas aku p pekena Oligo secawan..
Panaskan air dahulu kemudian bancuh oligo ditambah dengan sedikit air Yassin yang di bawa oleh Mak aku dari kampung,kena taruk sket2 je nanti cepat habis,sape pulak yang maw buat.hee...

    Pasang air-cond dan Slurrppp..wah3,sedap betol air oligo ni rasanyer lagi kaw dari milo,minum sambil berblogging dalam kegelapan,ntah ada semut ke tidak tadi,tak pula aku tengok,selalunyer dalam heater ade semut yang tengah 'berenang'.. Nawaitu jelah dengan niat nak minum.huhu..oklah gradiozz yer,nak sambung tengok
movie jap.