Pages

Monday 20 June 2011

7 GAYA PELIK BABY TAPI CUTE

        Ni bukan surat saman ye pakcik polis tunjuk jalan ke rumah siti.hehe


Kalaulah aku dapat terbang suatu hari nanti


hoho..akulah HERO pujangga


Anak Bapak (Superman)


tengoklah kuku ku yang cantik


Busannya jadi baby ni,bila nak tua.huhu..


AH! kecil pun jadilah janji boleh duduk

7 tips DaMaikan HATIMU yang KECEWA



Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. 

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.Sentiasa CoOL ok

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda.  Sentiasa bersyukur,kerana Anda masih diberi peluang hidup,ada kawan dan sebagainya.Cuba sentiasa bersyukur dengan diri kita tapi tidak bermakna Anda menjadi riak.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan kegelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on beb…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.Sentiasa berfikiran yang baik-baik sahaja,jika Anda berfikiran buruk maka jawapannya tentulan buruk.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, 
sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Sunday 12 June 2011

Kuasa 'KOSMETIK' Lihat Keajaibannya

    Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan dan kejelitaan,sejauh manakah
 keaslian kecantikan wanita itu? Dan,ada juga wanita yang merasa rendah
diri akan rupa paras yang dimilikinya,masalah2 tersebut boleh diselesaikan
dengan 'kuasa kosmetik',jom kite lihat perubahan wajah dari mula hingga akhir.

                                                            Wajah Asal





                                                            Inilah hasilnya

OK!..Perbezaan yang dapat aku lihat adalah dari segi :
  1. Mata yang nampak lebih besar dan comel
  2. Warna kulit wajah yang lebih cerah dan sekata ditambah  pula dengan blusher 
  3. Pada bahagian bibir juga kelihatan lebih kecil di bahagian kiri dan kanannya
  Itu pada pandangan dan perbezaan dari aku lah yer,aku xpandai sangat nak
komen2 pasal mekap ni.huhu..Terpulang pada pandangan mata anda melihatnya..ok gradioz (:

Kharul Fahmi Che Mat (APEK) jadi Pelakon

   Penyanyi Andi A Merican sanggup menuggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik bagi video pertamanya berjudul 'SOLO' yang telah dilancarkan khamis lepas.Video klip ini sangat menarik dari segi cinematografi dan gaya nyanyian Andi A.Merica tersebut,
jom layan klip vedio ni :

                        


SOLO
=========================

Kosong dah berisi
Semua nikmat menjelma kini
Dunia tak pernah lagi
Seindah hari yang ini

Puas aku pelajari
Menilai buruk dan baik
Kini terang jalan ku temui jadi

(Chorus)
Ku mahu solo, sendiri
Takkan ku diam hanya kerna gagal sekali
Ku mahu solo, berlari
Mencari anugerah hidupku ini

Ku sudah solo, resah berlalu
Ringannya rasa hati
Untuk memilih lagi
Yang pasti lebih baik untukku

Puas aku pelajari
Menilai buruk dan baik
Kini terang jalan ku temui jadi

(Chorus)
Ku mahu solo, sendiri
Takkan ku diam hanya kerna gagal sekali
Ku mahu solo, berlari
Mencari anugerah hidupku ini

(Altimet)
Aku solo, sekarang sendiri, mungkin lebih baik jika begini
Aku solo, tapi tak sunyi, senyap sekejap kembali berbunyi
Ingat bila kita selalu bersama bagaikan satu ke mana-mana
Siapa sangka kita berpisah tak kecil hati, kita tak kisah
Jadi bila jumpa bertegur sapa, aku ok, ku harap kau pun sama
Kita tak dijanjikan selamanya, ku harap kau berjaya dalam segalanya

Friday 10 June 2011

OH!..MC D KENAPA ENGKAU TIDAK SEPERTI DALAM IKLAN


 Semalam kawan aku belanja makan Mc D,ermm..Mc D ni aku kurang sketlah,aku lebih suka KFC lagi..Sebut pasal Mc D ni ada satu jer yang aku tidak puas hati,kenapa burger Mc D ni tidak seperti yang di gambarkan seperti dalam iklan?..taruk kubis dan mayonis sedikit je,bila makan aku hanya dapat rasa roti dan daging sahaja..Boleh diibaratkan lebih khabar dari rupa,itu saje yang menjadi persoalan aku,dari segi customer servis dan kebersihan tu ok la..Sebenarnya aku juga pernah bekerja di Mc D selama satu hari saja dan sebab kenapa aku behenti adalah tidak pandai menghafal name2 makanan di Mc D tersebut.hehe...Tapi aku tidak sempat untuk usha2 cara pembuatan burger itu..


                                             Kenapa tidak seperti ini?

                                   Dan ini..Glurrp! buat aku nak ke Mc D lagi..

  Pada pemikiran aku yang positif mungkin sebab :
  1. Nak cepat siap
  2. Tak cukup staff
  3. Atau memang dah peraturan seperti itu.
                                                                        Pada pemikiran korang kenapa yer?
                                                                       oklah,think2 positif..hehe,gradioz..

Wednesday 8 June 2011

Motor LC135 Buruk



 Motor LC135 ni asalnye dari abang aku yang ke-12, kemudian jatuh pula oleh abang aku yang ke-9, last2 barulah beralih kasih padaku.hehe..Motor ni dibeli pada tahun 2004 warna asal adalah merah tapi disebabkan cover set asal ada calar2 parut eksiden abang ke-12 aku dulu,aku tukarkan ke warna PutihBiru..Asalnye nak beli warna hitam atau biru tapi sudah kehabisan stok pula,so terpaksalah beli warna putihbiru..

  


Tubuh Badan Motor Burukku..hehe


           Ni pula Helmet Kesayangan aku,sekarang da buruk dah.huhu..cedih

       Motor ni masih berhutang lagi taw,juz berhutang dengan abang ke-9 je,
dia bagi aku pakai supaya senang ke kelas nanti.Biasa la duk U xsemestinya
dapat kolej sampai akhir sem. Masuk bulan ni dah setahun aku pakai motor ni..
Huhh!..banyak kenangan bebb aku dengan motor ni,kena saman menyaman tu
biasa la kan?tapi ni lain punyer cerita..Ermm,malas plak nak cerita,panjang kisahnya..huhu.ok,gradioz..

Aku,Oligo Dan Blog

  Line internet lembap tidak seperti selalu,suasana dalam bilik pula panas,member housemate pun semua dah tido..Biasa time2 macam ni aku tengok cerita Korea dalam You Tube tapi disebabkan line internet agak lembap dengan suasana bilik nye panas aku p pekena Oligo secawan..
Panaskan air dahulu kemudian bancuh oligo ditambah dengan sedikit air Yassin yang di bawa oleh Mak aku dari kampung,kena taruk sket2 je nanti cepat habis,sape pulak yang maw buat.hee...

    Pasang air-cond dan Slurrppp..wah3,sedap betol air oligo ni rasanyer lagi kaw dari milo,minum sambil berblogging dalam kegelapan,ntah ada semut ke tidak tadi,tak pula aku tengok,selalunyer dalam heater ade semut yang tengah 'berenang'.. Nawaitu jelah dengan niat nak minum.huhu..oklah gradiozz yer,nak sambung tengok
movie jap.

blogger femes tapi sombong

                                         siapa yang men'femes'kan kamu?

  Tajuk entry mungkin agak teruk sket yer,huhu..ni aku nak cerita asal yer blogger2 yang femes ni agak sombong..hmm..aku harap jangan sesiapa terasa yer coz aku xkan sebut name2 tersebut..jangan pandai2 teka plak kan tersilap orang fitnah jadinye.hehe..ok jom layanzz...

Aku heran la banyak blog yang aku walker mesti follow back bila tinggalkan
URL/ jejak..Tapi blog2 yang femes ni bukan setakat xfollow,komen pun xdibalas..
ermmm..pada pendapat korang kenapa itu terjadi?..pada pendapat aku plak..

  • Sebab dah femes xpayah dah nak follow2 back
  • Ah,aku xfollow pun mesti ramai yg akan follow aku nanti
  • Komen?ish,xkenal malaslah nak layan
  • Malas plak aku nk klik blog budak ni,biar jelah

  Itu pendapat akulah yer,pendapat korang xtaw lah..Aku ade jugaklah try mesej 2,3 kali nak taw samada dia perasan atau buat2 xperasan mesej komen 2..urmm jangan harap la dia xkan komen punyer.dia juz komen yang puji2 and kenal dia sahaja. - Blogger ni femes mybe sebab dia comel kot,tapi janganlah sombong sgt k,jangan harap orang je follow kite..tujuan follow2 ni untuk mengeratkan lagi rakan2 blogger bukan saje untuk kepentingan diri sendiri.

APABILA MOTOR MASUK KLINIK

   Semalam p klinik motor tukar tayar belakang dah habis botak sume bunga tayar 2 dimakan dek jalan tar,aduyai melayan lagi duit aku kalau sebijik RM50 xpe jugak ni RM70 beb + skru bar RM8 = RM78..
memang duk KL ni mahal2 lah. Itupun dah penat aku servey satu puchong aku round beb..(tipu je 1 puchong)hehe..pikir2 balik xpelah itu hanya keperluan kita,kalau xditukar kan nahas yang datang..
Tunggu gaji hujung bulan ni tukar tayar depan pula..huhu..



  Taraaa..ha,nilah tayar motor Baru ku.huhu..xdelah ni juz contoh jer.ermm..
entahlah aku pun xperasaan rasa design 2 lebih kurang camnilah kot mybe
jenama yang lain2..ape pun sekarang ni motor aku dah sihat walafiat,
ermm...rasa cam nak bawak balik kelantanlah pulak.hehe,poyo jer 2..
ok gradiozz..

Monday 6 June 2011

Datuk Seri Najib tengok aku isi borang,aku jadi hilang COOL

     Masa ni aku baru je berhenti kerja..so aku n de geng berpakat ler p KL kebetulan ade program Job Fair di PWTC yang diadakan selama 3 hari..Kami pergi pada hari pertama yang dirasmikan oleh D.S Najib maklum ler JOB FAIR ni dibawah anjuran pemuda UMNO,tapi kami xjoin pun ceramah Datuk Najib 2.hee..
    Coz tetibe jer perut aku mengomel suruh melantak dulu,so kami keluar cari makan area2 situ jer..
kemudian jam 2pm kami masuk terus ke 1 boocth ni laluan pintu utama,asalnyer kami xdilayan tapi disebabkan aku ni over exited sgt nak ec borang kerja aku terus masuk n duduk di penjuru meja..
Huhu..Nak dijadikan cite tetibe sekumpulan cameraman masuk dgn ganazz n rakusnyer dari pintu utama tadi,aku yg kusyuk ec borang ni buat xtaw jela,tetiba...jen jejenggg..hahaha rupanye Datuk Seri Najib dah tercegat kat sebelah aku,aku mula glabah kepala otak dah penuh sarang lebah,COOL mulai berkurangan..ape tak nyer penuh cameraman duk tut,tip.tup.tip amek pic kami hampir pitam dibuatnyer silau bebb silau mate kami ni..
    Ok,aku buat2 cool lg..bila aku terpandang jer D.S Najib,mak aih putih melepak kalah anak mat salleh.. korang nak taw beliauw sembang pe??huhu...Taraaa :

1. OK tak?
2. Isi Borang untuk kerja ape ni?
3. mak sihat?
4. Dulu belajar kat mane?
5. Datang dari mana?
6. Umur brape?..hahaha..

 Yang no.2 dan 5 tu kompen2 la tipu..hehehe,ok kt bawah ni ade pic yang aku download dari abang google..sume ni juz for fun ja,ok gradiozz....


                        Masuk The Star jer..(ingatkan TV3 cewah poyo ja)..haha

SEGMEN : Kenali Sesama Blogger

Rakan2 blogger ni ibarat kawan dan wartawan, untuk menyampaikan suatu maklumat,tutorial,informasi dan sebagainye..Tujuan segmen ni adalah untuk kenal kenalan sesama blogger dan menambahkan lg rakan blogger kite.. 
Juz follow2.huhu..caranye senang jer.jom layanz...



p/s : Klu nk jadi rakan blogger janganlah memilih sangat k,gradiozz...

  1. Follow blog nie. Bulih kan?
  2. Buat entri tajuk SEGMEN : Kenali Sesama Blogger
  3. Letakkan banner kat atas ni dalam entri.
  4. Nak tag rakan blogger pun bulih, tak nak tag pun takpe.
  5. Tinggalkan link entri anda di sini.
  6. Tarikh tamat segmen nie tak tau lagi. Tengok keadaan.


Saturday 4 June 2011

TERUKNYER PEMILIK RUMAH NI !!

                                           YC nak balik duit DEPOSIT!!

YC nak cite kisah YC dengan pemilik rumah..jom layanzzz

Begini kisahnya,lepas tamat belajar di uitm perak YC terus cari kerja di selangor,YC tinggal di rumah akak dahulu sementara cari bilik sewa,maklum le nak sewa rumah xmampu lagi tinggal seorang masa tu..
seminggu kemudian YC dapat tawaran bekerja di 7 Eleven sebagai Management Trainee..baru kerja sebulan YC da kalut nak cari bilik sewa coz akak nak pindah ke kuaters tempat dia bekerja..dalam banyak2 iklan bilik sewa YC tertarik dgn 1 iklan ni coz bulanan RM250 termasuk bil air + api,ade dapur,peti ais,mesin basuh dan tv..so,YC call la dia,sorang perempuan menjawab dan blablabla..kami buat temujanji untuk melihat bilik tersebut.

Sampai masanye YC pergilah time rehat kerja,rumah sederhana kecil tingkat 4 bilik agak kecil muat untuk 2 orang je..YC dalam dua samada maw ke tidak,last2 akak 2 paksa jika lambat nk bagi kat penyewa lain katenya,YC dgn terburu2nye buat kputusan 'jadi' untuk menyewanye coz sume lengkap tapi YC cakap xdapat bg deposit full lagi coz YC baru je bekerja,dia cakap ok bagi separuh dahulu..lame kelamaan cukup bulan dia tuntut wang deposit kebetulan gaji YC belum masuk lagi,biasa jawatan MT kerja sebulan lebih baru dapat.YC cakap tunggu 15hb pula,xsmpai 15hb hampir tiap2 hari dia mesej mintak wang,YC jadi tension nak bekerja kadang2 sampai ke tempat kerja dia cari YC,memang sangat2 over lah..last2 YC bagi dahulu sparuh sebanyak RM150, tapi YC xmasuk lagi bilik sewa,bg YC selagi xhabis bayar YC xkan masuk..kemudian hujung bulan YC bg lagi sparuh RM130 coz dia telah pun amik dr YC RM20 katenye terdesak coz makcik dia meninggal,balance lagi RM200..10hb YC pindahkan barang ke bilik,terkejut YC coz selama ni dia tumpangkan adik angkat dia tido di bilik YC..memang kurang ajar,so YC ajak member2 YC tinggal disana,akak 2 mintak lagi duit 15hb YC bayar full kt dia,fuhh!! leh tarik nafas lega rasa xde dah mesej2,lebih daripada AH LONG mintak utang,nak gila dibuatnye..bukan stakat itu aje,time YC pergi kerja dia suruh member YC bawak dia p Klinik..dah la menyusahkan member YC,naik motor pn haram,xec minyak lansung.. 
Untuk pengetahuan semua,YC sewa sebulan saje sebabnye


  1. TV - Xdapat guna sebab dorang anak beranak 24jam depan tv
  2. PETI- Rupanye rosak haram jadah betul!!
  3. MESIN BASUH - tiap2 hari ade pakaian dalam 2,rasanye rosak juga kot.
  4. DAPUR - katenye kalau nak guna kena bayar
  5. GANGUAN MENTAL- mesej yg buat YC tension (kena tambah duit sewa)                                                                                                                                                                  
Ermmm...YC rasa perempuan ni memang gile la,hari2 mesej nak duit hasil dia kerja entah ke mana,tiap2 malam melalok karoake tinggal anak2 tanpa makanan kt rumah,YC n kawan2 yg muda ni pun xminat benda2 buang mase cam2,duk rumah buat amal lagi bagus la..nanti YC cite lagi pasal mesej teruk dari perempuan tua ni pasal 'wait n c'.. untuk kawan2 yang lain berhati2 ketika/sebelum sewa bilik or rumah..ok gradiozzz.........

Kapten JACK SPARROW

Captain Jack Sparrow

Firstly,YC nak ucapkan terima kasih banyak2 kat K.Ila,Abang Afdhal,n Tirah coz belanja YC sepanjang perjalanan sebelum ke pawagam.ikuti karenah kami,jom layannzzz....


Kami xkalut or kecoh coz tiket wayang awal2 lagi K.Ila dah belikan,so sebelum bergerak kami singgah di pasar malam dahulu untuk mengisi perut yang kosong ni,kemudian barulah kami gerak ke Jusco Shah Alam.. Sampainye kat sana,Fuhh!!tempat parkir penuh bebb sampaikan yang parkir tengah2 laluan pun ade..tp  nasib kami baik coz sorang brader ni baru nak kluar,ape lagi kami amik pluang tunggu sehingga dia blah..Otw nak masuk,YC tengok penuh orang sedang beratur untuk membeli tiket,nasib baik kami dah beli kalau x jenuh le nak beratur memanjang cm2..masa dah pn lewat kami tiba tepat 8.30pm cite baru je nak bermula.. bekalan sepeti biasa popcorn n pepsi..Layanzz jer dulu..

   Ni,YC nk cite sket2 pasal cite Pirates Of The Caribbean.Memang best giler r cite ni,lebih kepada komedi dan aksi2 lucu Jack Sparrow..memang sepanjang cite 2 YC tergelak-gelak.
Kisah ni menceritakan tentang perebutkan peta untuk ke lokasi telaga muda dan Blablablablabla..dan blablabla...blablabla lagi..korang p la tengok sendiri nanti.hu3..
YC bukan xnak cite tapi malaslah takut tersilap buat sinopsis nanti..hehe..
kt bawah ni ade YC massukan video pendek cite Jack Sparrow.ok selamat menonton..Gradioz.....









Tuesday 31 May 2011

TOLAK TAWARAN KERJA?..Aku seorang yg demand..

Ni aku nak berceritara kenapa n pasai pe n why aku xterima tawaran kerja
selepas / sebelum interview...aku ni bukanlah demand sangat tapi kate kawanku kadang2 kite perlu demand. kenapa??ok jom layanzzz..........





KENAPA 1  > Aku tengok lokasi dulu,samada dekat atau jauh dari 
                                  umah sewa aku, bape minit perjalanan nye.

KENAPA 2  > Aku tengok gaji dulu sesuai ke tidak dengan jawatan tersebut..
                                 contoh nye kerja sebagai pekerja gudang
                                 tapi gaji Basic RM530 jer..

KENAPA 3  > Tengok dia punya intensif2 lain, contohnya Basic RM700 
                              elaun makan RM50, elaun kenderaan RM20,
                              elaun kedatangan RM200,OT RM5.40 1 jam,dan 
                              Bonus RM300 1 tahun.

KENAPA 3  > Kadang2 aku tengok juga pada cuti..contohnye cuti tahunan,
                                 cuti Am, cuti sakit dan cuti raya ade ke tidak..
                                 senang raya boleh balik.hu3

KENAPA 4  > Perlu juga bagi aku yang demand ni tengok pada waktu kerja,
                                 contohnya Pukul 9.00am - 5.30pm, n waktu kerja 5 hari
                                 seminggu.sebabnya sume budak2 umah aku cuti pada hari
                                 ahad & sabtu,so jelez lar..kuinz2..


Pada kawan2 jangan ler demand sangat mcm YC ni,bcoz sampai sekarang YC belum kerja lagi, sebelum ni dgn alasan nak kerja selepas konvo dulu,sekarang...duk tanam pokok anggur lagi..he3..
Tapi perjuangan YC bukan stakat goyang kaki je,YC tetap brusaha cari pekerjaan yang sesuai dgn diri YC ni...lau xsesuai susah YC nak kerja lame..

P/S  :  Pengalaman lebih penting daripada pendidikan,But pendidikan 
juga sama penting..so dua2 penting 'Tahap Pendidikan akan diberi gaji tinggi,
 Pengalaman pula  akan diberi pangkat tinggi..  Mana   yang jadi pilihan?? 
KECUALI 'goverment lah' pikir2kanlah...gradiozzz...........

INTERVIEW PENDING.. TUTTT!!

Kisah ni btol2 berlaku tapi bkn YC la ni anak sedara YC, minggu lepas pergi interview dengan dia..sory lupa nak gtaw namenye Siti bkn name sebenarlah nanti kantoi pulak.. kami pergi la interview sebagai kerani kontrak selama 6 Bulan..masa interview bukan main lagi dia kai baju kurung dengan mekapnya,aku pulak slamber je kai kemeja.HU3..oklah2,xmau memanjangkan cite lagi,jom layanzz dialog ni...

 SEMASA PROSES INTERVIEW

Penemuduga   :  OK,kamu kerja ape sebelum ni?
Siti                 :  Kerja sebagai cashier di esso selama 2 minggu kemudian 
                         storkeeper di speed mart 2 minggu
Penemuduga   :  kenapa kamu behenti kerja?
Siti                 :   Tak sesuai dengan saya encik dan sebab gajinye...
Penemuduga  :   Ok,kamu tahu komputer x?macam microsoft office dan lain2..
Siti                 :   Microsoft office 2 ape encik?
Penemuduga   :  (Tergelak sambil tanya lagi) Ape yang kamu tahu pasal 
                         komputer??
Siti                 :   Saya tahu buka facebook,gosip2 artis tu aje.
Penemuduga   :  (sakit perut mengilai dgn jawapan tadi) ok la insyaallah klu 
                         ade rezeki kami call
Siti                  :  Ok terima Kasih Encik..


Hahaha...biasa la baru lepas SPM,dia taw guna komputer tapi xtaw ape itu microsoft office.
de moral of story nye,bersedialah sebelum interview search internet terlebih dahulu tentang syarikat berkenaan ..YC pun akan seacrh dulu sebelum interview untuk persediaan  dengan soalan2 jika ditanya tentang syarikat tersebut..



Sebelum menulis blog ni,YC telah pun mintak izin dari Siti... sekarang ni dia balik kampung untuk buat buku bank,maklum la xckup umur lagi,clap2 xmasuk gaji plak..
Ermmm...mesti korang nak taw kan samada YC  berjaya atau x interview 2???
JENG..JEJENG...ha3..klik le di TAJUK 'Kenapa aku tolak tawaran kerja??'
Ok gradiozzz...............

Sunday 22 May 2011

JOM!! buat sesuatu yang kreatif dengan buah-buahan



Bab2 seni ni memang aku minat giler,pantang tengok benda yang cute n cumel pasti aku amek gambar..
seni bagi aku adalah hasil kreatitvi yang kreatif dan slamberderk..hehe..btw aku memang peminat seni xkiralah seni lukisan ka seni tari seni ragam n so on dengannya..ok kite layanzzzz.........


HASIL SENI DARI BUAH



 EPAL 'pembunuh bersiri'







                                                     PISANG 'cute couple'






                                                  OREN 'Maw bunuh diri'





                                                   EPAL LAGI ' hobi mengigit '





                                              LABU 'hepy go lucky,senyum sokmo'





                                                LAGI PISANG ' pembalak kek '


Kalau dijual kat tepi2 jalan takut beta nak membelinya.huhu...lagipun 'dorewn2' ni cepat rosak xtahan lame walaupun simpan dalam peti ais..but so sweet lau dimakan ...lalalala...(>.<)...YC..

Friday 20 May 2011

Bahana Badi Mayat

Ni aku amik dari kwn blogger aku bukan nak ciplak tapi disuruh share pade kwn2 supaya saling mengingati...ikuti kisah benar di bawah ini...

                                        JANGAN TEGUR ANAK / BABY SELEPAS
                                           BALIK DARI MENZIARAH JENAZAH


Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu.
 Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura, apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.
















Sharing² la pd kwn² yg lain.. Sharing is caring.. ^_^

Monday 16 May 2011

Sungai bawah Laut & kisahnya


Mr.Jacques Yves Costeau
Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).
::
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
::
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
…Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung…
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.